Ilmu Fawasil : suatu pengenalan
بسم الله الرحمن الرحيم Sebelum memulakan tulisan assignment yang sebenar, kami berhajat untuk menerangkan mengenai permulaan ilmu fawasil supaya para tetamu tidak ketinggalan akan tujuan kami menulis blog ini. 1. Takrifan Ilmu Fawasil: takrifan dari sudut bahasa: diambil daripada kata akar iaitu (فَصَلَ يَـفْصِلُ فَصْلاً ، فُصُولاً ، فِصَالًا) Yang memberi maksud memisahkan adapun kata nama pelaku (isim fa`el) ialah فَاصل yang mana jamaknya (plural) ialah (فواصل) manakala takrifan dari sudut istilah: ilmu fawasil membincangkan mengenai penetuan bilangan ayat pada akhir kalimah yang terdapat didalam al-Quran berdasarkan tauqif daripada syarak. 2. adakah ilmu ini bersifat tauqifi? ya, ilmu ini adalah bersifat tauqifi kerana baginda Rasulullah S.A.W sendiri telah menentukan bilangan ayat al-Quran seperti pengiraan bilangan ayat pada Surah al-Mulk atau Surah al-Fatihah berdasarkan sabit didalam di dalam hadis seperti diriwayatkan oleh Imam Muslim...
Comments
Post a Comment