Ilmu Fawasil : suatu pengenalan

بسم الله الرحمن الرحيم


Sebelum memulakan tulisan assignment yang sebenar, kami berhajat untuk menerangkan mengenai permulaan ilmu fawasil supaya para tetamu tidak ketinggalan akan tujuan kami menulis blog ini.


1. Takrifan Ilmu Fawasil:

takrifan dari sudut bahasa: diambil daripada kata akar iaitu


 (فَصَلَ يَـفْصِلُ فَصْلاً ، فُصُولاً ، فِصَالًا)
Yang memberi maksud memisahkan adapun kata nama pelaku (isim fa`el) ialah فَاصل yang mana jamaknya (plural) ialah (فواصل)
 manakala takrifan dari sudut istilah:
ilmu fawasil membincangkan mengenai penetuan bilangan ayat pada akhir kalimah yang terdapat didalam al-Quran berdasarkan tauqif daripada syarak.


2. adakah ilmu ini bersifat tauqifi?

 ya, ilmu ini adalah bersifat tauqifi kerana baginda Rasulullah S.A.W sendiri telah menentukan bilangan ayat
al-Quran seperti pengiraan bilangan ayat pada Surah al-Mulk atau Surah al-Fatihah berdasarkan sabit didalam di dalam hadis seperti diriwayatkan oleh Imam Muslim, al-Tirmizi dan lain-lain.

3. adakah pengiraan ayat al-Quran ini sabit dengan ijtihad?
 Dalam isu ini, berlaku perselisihan pandangan dalam kalangan para ulama. sebahagian ulama' menghukumkan tidak ada ijtihad dalam menetukan ayat al-Quran kerana ia bersifat tauqifi.

Manakala sebahagian lain mengatakan pengiraan ayat sabit dengan ijtihad sebagaimana dikemukan oleh Imam Abu Amru al-Dani, Imam al-Syatibi dan Imam Ibnu `Abdul Kafi. Pendapat inilah yang dipilih oleh kebanyakkan ulama'.

 namun begitu, ijtihad ini tidak bermaksud untuk memansukhkan apa yang telah dipersetujui oleh nas syarak bahkan ia sebagai pelengkap kepada sebahagian bilangan ayat yang tidak disebut didalam nas.

Kesimpulannya, pengiraan bilangan ayat kebanyakannya adalah tauqifi dan sebahagiannya adalah ijtihad dengan mengunakan kaedah yang akan disebut selepas ini.
4. cara mengetahui ilmu fawasil
terdapat empat cara untuk mengetahui ilmu fawasil:

a.      persamaan ayat sebelum dan selepasnya berdasarkan panjang dan pendek.
b.      b.persamaan akhir pada sesuatu ayat dengan ayat yang lain dalam satu surah.
c.       ulama' bersepakat pada pengiraan ayat
d.      terputus kalam daripada makna ayat yang sebelumnya (boleh jadi pemahaman ini betul)

5. Faedah mengetahui ilmu fawasil
Faedah mengetahui ilmu fawasil ialah:
a.perlunya untuk mengetahui ilmu fawasil sebagai penentu sah solat seseorang. seperti bacaan surah al-Fatihah, seseorang mestilah mencukupkan bilangan tujuh ayat untuk melengkapkan sebahagian rukun didalam solat. Maka tak dapat tidak seseorang mesti mengetahui mengenai ilmu ini.

b.perlunya untuk mengetahui juga ilmu fawasil untuk mendapat ganjaran pahala yang dijanjikan ketika membacanya dalam solat atau mengajarkan kepada seseorang akan ayat tertentu.

 c.Sebagai penentu syarat sah khutbah

 d.Untuk mengetahui wakaf yang disunatkan terutama apabila berhenti pada kepala ayat.

 e. Ilmu ini berperanan kepada qiraat yang membaca dengan imalah atau taqlil pada kepala ayat seperti surah Taha dan al-Dhuha
ini kerana bacaan imalah dan taqlil pada kepala ayat adalah sepakat tanpa khilaf. Maka mana mungkin untuk menentukan bacaan tersebut tanpa mengethui ilmu fawasil.

5. Ulama yang membincangkan mengenai fawasil

 ulama yang membincangkan ilmu ini yang masyhurnya ada tujuh (disertakan bilangan ayat al-Quran disisi mereka) iaitu:

 - Madani al-Awwal - Madani al-Akhir - Makki - Basri - Dimasyqi - Kufi - Himsi

1. Madani al-Awwal (Daripada Imam Nafi` meriwayatkan Daripada Abu Ja`far dan Syaibah)

Terdapat dua riwayat pada bilangan ayat al-Quran disisi Madani al-Awwal
-riwayat ahli Kufah daripada penduduk madinah (tanpa menyebutkan ulama') iaitu: 6217
-riwayat ahli Basrah daripada Imam Warsh ` daripada Imam Nafi` iaitu: 6214

2. Madani al-Akhir (Daripada ismai`l bin Ja`far daripada Sulaiman bin Jammaz Daripada Abu Ja`far dan Syaibah)
Bilangan ayat al-Quran disisi Madani al-Akhir ialah: 6214

3. Makki (Diriwatkan oleh al-Dani daripada Ibn Kathir daripd Mujahid drpd Ibn Abbas drpd Ubai drpd Rasulullah S.A.W)
Bilangan ayat disisinya adalah: 6210

4. Basri (Diriwatkan daripada `ata' bin Yasar dan `Asim al-Jahdari daripda Ayyub bin al-Mutawakkil)
Bilangan ayatnya ialah: 6204

5. Dimasyqi (Daripada Yahya al-Zumari daripada Ibn `Amir daripada Abu Darda' daripda Uthman bin `Affan)
Bilangannya disisi mereka ialah: 6227 dikatakan juga 6226

6. Himsi -Homs, Syria- (Dinisbahkan kepada Syuraih bin Yazid al-Himsi al-Hadhrami)
Bilangannya sebanyak 6232 ayat

7. Kufi (Diriwayatkan daripada Hamzah dan Sufian Daripada `Ali bin Abi Talib)

Terdapat dua riwayat bagi bilangan ayat yang masyhur disisi ahli Kufah:
 -Bilangannya seperti Madani al-Awwal
- Bilangan yang dinisbahkan kepada Sayyidina `Ali (daripada Hamzah & Sufian melalui perantaraan alim ulama yang dipercayai) adalah sebanyak 6236

والله أعلم

Comments