Posts

Fawasil Surah al-Mukminun -> al-Qasas

Image

Fawasil Surah Maryam -> al-Anbiya'

Image
Bersambung....(Nazhan)

Assignment surah al-Ra'd -> al-Kahf

Terdapat berberapa istilah di dalam assignment ini: Madani: Madani al-Awwal & al-Thani Hijazi  : Makki & Madani al-Awwal & al-Thani Syami: Himsi & Dimasyqi Iraqi: Kufah & Basrah Perhatian: pada huruf-huruf fawatih surah seperti (الم ، كهيعص) dsb.. Kufi akan mengira sebagai ayat kecuali pada pada huruf-huruf seperti ( ٓصٓ, ن dan ٓق). Begitu juga kufi tidak mengira sebagai satu ayat pada lafaz ( طه dan ٓطس) سورة الرعد 1- Kalimah  جديد Ayat : (وَإِنْ تَعْجَبْ فَعَجَبٌ قَوْلُهُمْ أَإِذَا كُنَّا تُرَابًا أَإِنَّا لَفِي خَلْقٍ جَدِيدٍ ۗ ) [Surat Ar-Ra'd 5] - Ulama الحجازي/الشامي/البصري mengatakan ayat ini معدود. - Ulama Kufi mengatakan ayat ini متروك. 2- Kalimah  النور Ayat : (  أَمْ هَلْ تَسْتَوِي الظُّلُمَاتُ وَالنُّورُ ۗ ) [Surat Ar-Ra'd 16]     - Ulama الدمشقي mengatakan ayat ini معدود - Ulama العراق/الحجازى/الحمصي mengatakan ayat ini متروك 3- Kalimah البصير Ayat :  ( قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَا...

Ilmu Fawasil : suatu pengenalan

بسم الله الرحمن الرحيم Sebelum memulakan tulisan assignment yang sebenar, kami berhajat untuk menerangkan mengenai permulaan ilmu fawasil supaya para tetamu tidak ketinggalan akan tujuan kami menulis blog ini. 1. Takrifan Ilmu Fawasil: takrifan dari sudut bahasa: diambil daripada kata akar iaitu  (فَصَلَ يَـفْصِلُ فَصْلاً ، فُصُولاً ، فِصَالًا) Yang memberi maksud memisahkan adapun kata nama pelaku (isim fa`el) ialah فَاصل yang mana jamaknya (plural) ialah (فواصل)  manakala takrifan dari sudut istilah: ilmu fawasil membincangkan mengenai penetuan bilangan ayat pada akhir kalimah yang terdapat didalam al-Quran berdasarkan tauqif daripada syarak. 2. adakah ilmu ini bersifat tauqifi?  ya, ilmu ini adalah bersifat tauqifi kerana baginda Rasulullah S.A.W sendiri telah menentukan bilangan ayat al-Quran seperti pengiraan bilangan ayat pada Surah al-Mulk atau Surah al-Fatihah berdasarkan sabit didalam di dalam hadis seperti diriwayatkan oleh Imam Muslim...

Salam Perkenalan

Assalamulaikum para tetamu yang dikasihi... بسم الله والحمد لله ، والصلاة والسلام على سيدنا محمد ، ولا حول ولا قوة الا بالله Sebagai perkenalan, blog ini merupakan hasil cadangan daripada guru kami, Us Mohd Fazli bin Ibrahim bagi melengkapkan salah satu daripada kerja kursus mata pelajaran Dhobt & Fawasil.  Pada permulaan blog ini kami akan menerangkan serba-sedikit mengenai suatu cabang ilmu dalam ilmu Qiraat iaitu ilmu Fawasil. kami juga ingin meminta sedikit ulasan daripada tetamu sekalian dalam mendapatkan sebuah perkongsian atau input yang baru agar dapat kami meperbaiki kesalahan atau kekurangan yang kami kongsikan dalam blog ini.. Kami berdoa agar blog ini mendapat manfaat daripada tetamu sekalian khususnya kepada para penimba ilmu qiraat di seantero dunia... Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Us Mohd Fazli bin Ibrahim atas segala didikan yang telah dicurahkan kepada kami. ~jasamu dikenang~ Nazhan Rasyid Ridha Afnan mukhlish A...